
Ini gambar lama yang diambil dan tidak ada kena mengena dengan entri ini, sekadar gambar untuk menarik perhatian diri supaya menatap isinya. Sesungguhnya kehidupan cukup banyak kontrasnya sebagaimana dalam gambar ini, antara kelopak bunga yang lembut dan ayu dengan duri-duri yang gagah dan ganas berada di sebuah pohon yang sama, dapat wujud tanpa satu merosakkan yang lain.
Semalam saya ke Klinik Komuniti Jalan Masjid, untuk bertemu doktor dalam temujanji biasa bagi orang seusia saya. Saya membawa laporan ujian darah dan kencing yang saya cukup baik kecuali berkenaan SGOT dan SGPT, iaitu yang berkaitan dengan buah pinggang. Menurut doktor bertugas saya harus menjalani ujian sekali lagi untuk memastikan dari mana punca masalah itu.
Ini mungkin ada kaitan dengan ubat yang saya makan. Tapi ubat-ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital itu sudah bertahun-tahun digunakan. Hanya sekarang ini saya tambah dengan beberapa suplemen vitamin. Apakah itu puncanya?
Yang jelas juga aku semacam kurang ambil berat tentang kesihatan kerana malas dan kaya alasan untuk tidak bersenam, pada hal bukan ada halangan untuk bersenampun. Aku sudah masuk menjadi ahli jimnasium Majlis Sukan tapi tak juga bersenam. Dah beli beberapa pasang pakaian senam, tak juga bersenam. Dah ada be berapa set alat senaman termasuk sepasang di pejabat, pun tak juga ambil kesempatan bersenam. Apa punya orang ni?
Hanya apabila dak dekat nak pemeriksaan darah dan kencing adalah sibuk sikit, kalau sempat. Untuk kali ini saya tak sempat nak bersenampun, hanya sempat berangan-angan nak bersenam.
Sibuk sangat ke? Macam sibuklah, tapi saya rasa tidaklah sibuk sangat, hanya buat-buat sibuk. Betullah sepanjang tahun ini banyak merayau ke sana ke mari, sempat ke Johor, ke Miri, ke Sibu, ke Miri lagi, ke Sibu dah tiga kali, ke Daro, Serdeng, Sarikai dan terus macam tu dengan macam-macam aktiviti, yang sebahagiaannya adalah untuk mengisi program orang lain. Tapi diri saya untung juga selain beralih angin, dapat elaun dan bayaran dalam sebahagian aktiviti dan menambah mantap imej dan keperibadian diri (bonus yang penganjur mungkin tak sedar).
Mungkin juga terlalu banyak berAda di depan skrin komputer unhtuk menulis dan mengemaskini Facebook, Twitter dan blog. Itupun bukanlah regular sangat. Jadi apa sebenarnya?


