Sepupuku, yang aku panggilan Abang Amin, anak Pak Yak Johan meninggal dunia di Kuala Lumpur Sabtu lalu dan mayatnya telah dibawa balik ke Sarawak dan dikebumikan di Sarikei pagi tadi, Isnin, 3 Mei 2010. Menurut anaknya, Mimi yang menelefon jam 4.45 petang ini tadi, ayahnya meninggal disebabkan sakit mengejut kerana masalah jantung.
Di Sarikei mayatnya dipelihara di rumah Badrul Basham, iaitu rumah tempat aku menumpang dalam kembara ke Serdeng dan Daro dua minggu lepas.
Demikian kehendak Tuhan. Pak Udak Jeni yang terlantar lebih seminggu di hospital kerana darah tinggi kelouar haospital dan kini sihat duduk di rumah yang sama. Abang Amin yang tidak didengar sakit tiba-tiba meninggal dunia.
Abang Amin adalah di antara orang pertama di antara kami sepupu cucu Hari Sidi yang pergi ke sekolah menengah dan satu-satunya anak kampung yang masuk di Sacred Heart School di Sibu, iaitu sebuah sekolah elit pada zamannya awal tahun 60-an. Dia belajar sampai Tingkatan Tiga dan lepas itu terus dapat kerja di Sri Aman.
Allahyarham memang hebat dari segi bersosial, malah menurut cerita isterinya dan dia sendiri dia pernah terlantar di hospital tidak sedarkan diri kerana tersalah minum dicampur dengan durian.
Saya tinggal menumpang di rumahnya di Jalan Gold Jade di Kuching untuk beberapa ketika pergi interview untuk tugas di RTM dan menumpang laginya di rumah di Flat Menaul di Batu Lintang apabila mula bekerja.
Begitu kehendak Tuhan. Semoga rohnya diletakkan di kalangan orang beriman dan semoga taubatnya diterima Allah.
Monday, May 3, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment