Monday, May 3, 2010

KOMUNIKASI BOLEH MERUMITKAN



Ini cerita benar, dan mungkin anda sudah pernah mendengar saya menceritakannya. Semasa saya bertugas sebagai ketua stesen RTM Sibu seorang pegawai kanan ditugas mengetuai rombongan ahli sukan RTM Sibu ke RTM Limbang untuk menghadiri Pesta Sukan RTM di sana.

Semasa di sana selepas pesta mereka merancang hendak ke Labuan esoknya sebelum berangkat balik ke Sibu. Petangnya sebelum berangkat5 jam 7 pagi esoknya mereka mengadakan mesyuarat membincangkan pemergian itu. Semasa mesyuarat ketua rombongan meminta semua yang hendak pergi angkat tangan. Maka semua yang hendak pergi di hadapannya angkat tangan dan mereka disuruh bersedia di pangkalan awal pagi.

Pagi esoknya ketua rombongan tadi pergilah ke pangkalan untuk menaiki bot atau feri ke Labuan. Bot itu rupanya telah belayar dan semua anggota rombongan yang hendak ke Labuan sudah berlepas. Ketua rombongan itu, seorang wanita, terpaksa pergi seorang diri menaiki feri kemudiannya.

Bila ditanya oleh ketua rombongan kemudiannya kenapa tidak menunggu dia, lama juga anggota rombongan diam. Maklum ketua sudah marah ditinggalkan. Akhirnya seorang ahli rombongan berani menyatakan yang mereka pergi kerana semasa disuruh mengangkat tangan bagi sesiapa yang hendak pergi, ketua rombongan itu sendiri tidak mengangkat tangan dan mereka anggap dia tidak pergi.

Habis, nak kata apa? Cerita tamat di situ.

No comments: