Sunday, May 2, 2010

SENIFOTO SEMAKIN SUBUR DIMINATI



Sejak kebelakangan ini rakan-rakan di dalam Facebook menjadi semakin ghairah dan tertarik dengan senifoto. Setiap hari ada sahaja foto yang dipaparkan sama ada dengan editing minimal atau yang sudah diawet dengan hebat menggunakan pelbagai perisian aplikasi.

Di atas ini sekeping gambar bunga biasa di sudut di hadapan rumahku yang pada mata kasar tidak banyak menarik perhatian, kerana ada pelbagai jenis bunga di situ dan sudah terlalu biasa dengan setingnya. Namun apabila ia menjadi fokus di dalam sesuatu gambar seperti ini lalu perhatian ditarik kepada butiran dan detil bunga itu.

Bagiku kerja itu penting, selain merangsangkan diri untuk terus memperbaiki karya dan menambah ilmu untuk mempamerkan karya juga membantu mempromosi keindahan alam. Usaha pameran itu penting kerana ia membantu memupukkan rasa cinta alam dan mesra alam dan sekali gus mempromosi keindahan negara kepada bakal pelancong.

Rasanya amalan memnpamerkan karya di laman internet khususnya Facebook ada kesan positif yang lain iaitu rasa penerimaan dan penyertaan cergas orang yang mungkin ini kurang keyakinan diri dan kurang cergas terutama di dalam sesuatu-sesuatu bidang yang dia sendiri kurang pasti akan penerimaan orang ramai.

Tampilnya amalan mempamerkan karya foto menyebabkan mereka yang sekian lama ada minat ada memiliki kamera lalu kembali menjaga kamera mereka, membeli serba peralatan mencanggihkan output dan berani membaiki diri sambil memberi komen untuk membantu kawan seminat memperbaiki hasil karyanya.

No comments: