Friday, April 30, 2010

MENULIS LAGI?




Tak tahu bagaimana nak jawab soalan itu. Yang bertanya adalah mereka yang rapat dan tidak berapa rapat dengan diriku yang mahu tahu apakah selepas bersara aku masih menulis.

Nak dikata aku masih menulis memang tidak banyak karyaku terbit di media. Tidak seperti dulu. Tapi aku banyak menghasilkan kertas kerja dan makalah untuk dibentangkan di seminar dan majlis diskusi. Baru bulan lepas bentangkan kertas kerja mengenai lagu rakyat di Simposium Lagu Rakyat Melayu Sarawak untuk IPT di UiTM. Kini aku sedang menyiapkan kertas kerja pula Seminar sempena 25 Tahun Bahas Piala Ketua Menteri dan akan dibentangkan di Miri pada 10 Mei, di Sibu pada 12 dan di Kuching pada 20 Mei.

Sesiapa yang biasa menulis kertas kerja tahu kerja itu bukan mudah kerana perlu mencari data dan fakta dan membuat penyelidikan kecil-kecilan di sana sini. Maka aku namakan itu menulis juga.

Selain itu aku ada blog dan laman Facebook, Twitter dan Tagged. Facebook banyak sekali menuntut waktu untuk menulis entri dan membalas entri, baik untuk laman Profil atau laman grup Seloka Pantun Bersama Saiee Driss. Bagiku itu menulis juga namanya. Dalam pada itu aku juga banyak menulis dan menyusun bahan penerbitan di pejabat di BPPMIS dan kini dilantik menjadi panel editor Jurnal Majlis Islam Sarawak. Pun itu diistilah juga sebagai terlibat di dalam kerja penulisan.

Masih menulis lagi?

MENGENANG APRIL


Mendandatangani dokumen pembelian Produa ALZA QAT 6610

Menerima kunci QAT 6610 daripada Chong dari Gamma Motors

Di antara kenangan manis April 2010 ialah pada 1 April itu aku menandatangni pembelian Alza QAT 6610. Aku trade in Nissan Sunny QKE4468 yang berkhidmat bersamaku tepat 15 tahun awalm Februari lepas. Banyak kenanganku bersama Nissan Sunny itu walaupun selama lima tahun akhir ia berada di tangan anak menantuku.

Sekurang-kurangnya Nissan Sunny Extra 130Y itulah menjadi kenderaan aku berulang alik selama lima tahun bertugas di Sibu dari tahun 1999 hingga 2004. Selama lima tahun sebelum itu di Kuching itulah kenderaan yang membantu aku di dalam melaksanakan kerja seharian serta kerja-kerja sosial dan kebudayaan.

Seingat aku dua kali aku mengalami kemalangan kecil dengan kereta itu. Yang pertama pada suatu malam di hadapan markas polis di Jalan Badruddin apabila aku yang terlalu cewpat keluar dari simpang Badruddin ke Jalan Tun Openg menghentam belakang kereta seorang apek yang bergerak lambat. Aku kena bayar sekitar RM350.00.

Kali kedua apabila aku bergerak agar terlalu laju dan brake tidak makan juga berdekatan markas polis di Sibu, di persimpangan dengan Rajang Park. Aku dari arah Rajang: Park tidak dapat mengawal kelajuan kereta dan bolehb sahaja menghentam belakang sebuah kereta yang berada di hadapan. Aku pada saat akhir dapat mengelak untuk menghmpitkan diri di antara kereta itu dengan benteng jalan di sebelah kanan kereta itu dan tersepit di situ. Itu pula kereta syarikat WTK. Aku kena bayar sekitar RM300 juga.

Pada 1 April 2010, Nissan Sunny yang banyak berjasa itu aku ganti dengan Produa Alza 1.5 cc 7-seater. Besarlah sikit. Itu menggantikan jenama asal Proton Pesona idamanku yang ramai sangat orang kata tak bagus. Aku memang tertarik dengan rekabentuk Pesona.

Nombor QAT 6610 adalah nombor yang ditempah khas dan kena bayaran RM210.00 kerana nombor itu diawalkan daripada gilirannya, tapi Jojo nak juga nombor itu kerana tarikh itu tarikh persandingannya nanti dan mahu menggunakan kereta itu untuk dinaiki ke rumah pengantin perempuan.

Kini aku sudah sebulan menggunakan ALZA QAT 6610.

Thursday, April 29, 2010

SEMINAR 25 TAHUN BAHAS PIALA KETUA MENTERI

Dua hari lalu Hazami telefon dari USM Pulau Pinang memberitahu yang aku dilantik menulis sebuah kertas kerja untuk Seminar 25 Tahun Bahas Piala Ketua Menteri. Aku pernah menjadi Setiausaha pertandingan itu selama sembilan tahun dan hanya berhenti memegang jawatan itu apabila berpindah jadi Pengawal RTM di Sibu pada tahun 19999.

Pada ulangtahun ke-20 pertandingan itu aku pernah menulis sebuah rencana dan disiarkan di dalam sebuah buku cenderamata khas. Itu boleh menjadi asas kertas kerja aku nanti.

Semalam Monto telefon dan memberitahu lagi hal itu dan mengatakan akan menghantar surat itu kepadaku. Surat itu datang lewat petang dan pagi tadi aku mendapat salinannya dan pagi tadi akan menerima salinan asal surat itu.

Judul kertaskerjaku nanti ialah Pelaksanaan dan pengurusan Bahasa Piala Ketua Menteri: Antara Pengalaman Lalu dan Harapan Masa Depan. Kertas itu akan dibentangkan dalam seminar di RTM Miri pada 10 Mei, di RTM Sibu pada 12 Mei dan di RTM Kuching pada 20 Mei 2010.

Aku sudah memberitahu Pengarah BPPMIS dan beliau membenarkan aku membantu projek itu.

HAJI BUSMAN HAJI RAPLI

Pagi tadi aku menerima sms daripada Satar mengatakan sepupu dan teman sekolahku, Haji Busman Haji Rapli, bekas kakitangan Pejabat Residen dan Daerah meninggal dunia dalam kebakaran rumahnya dan rumah anaknya yang berdekatan. Aku dah masuk berita itu jadi entri di Facebook Kampung Serdeng.

Haji Othman adalah bapa saudara kepada Anita yang pernah tinggal di rumahku semaasa melanjutkan pengajian di Kuching dan kini bekerja sebagai guru.

Salah seorang adik Haji Othman ialah Aminah Ralpi, yang pernah tinggal serumah dengan aku dan keluarga Udak Selamah semasa aku bersekolah di Daro. Neneknya iaitu Nenek Haji Mejais, sepupu datukku.

TU BULAN, MANA BINTANG?




Hu, malam ini aku dan anak-anak serta isteri masing-masing ddengan kamera cuba merakam gambar bulan menambang. Malam Jumaat pula tu. Ada berbagai jenama kamera digunakan. Hasilnya belum memuaskan. Di atas ini salah satu daripadanya diambil sebentar tadi.

Monday, April 26, 2010

PROSES PEMERIKSAAN DARAH

Ada temujanji dengan doktor pada 20 Mei 2010. Temujanji biasa kira-kira tiga bulan sekali bagi orang pencen yang berada di garis sempadan penyakit biasa orang yang suka makan sedap, malas bersenam dan malas mengawal makanan. Untuk itu kena melalui pemeriksaan darah.

Semasa semasa pergi mengambil bekalan ubat bertanya dengan petugas di kaunter makmal darah berapa lama sebenarnya boleh diketahui pemeriksaan darah. Katanya bergantung kepada jenis pemeriksaan yang diperlukan. Kalau darah tinggi biasa memakan masa dua minggu. Fulamak. Aku ingat semasa di Sibu dulu, selama tiga hari aje. Semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tempat aku menerima rawatan di KL dulupun tak sampai seminggu.

Nak ambil sampel darah dan kencing untuk pemeriksaan kena berpuasa dari jam 10 malam sebelumnya dan kena sampai awal, atau kena nombor jauh ke belakang. Tapi yang jelas awal atau lambat pintu hanya dibuka beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan lepas itu berderet dan berebut nak da[pat nombor giliran. Aku membuat keputusan nak sampai di Poliklinik Jalan Masjid jam 8 pagi dan tidak hendak berebut nombor. Paling awal dapat pun nombor belasan.

Sesampai di kaun satu minit sebelumn jam 8 pagi dan aku beroleh nombor giliran 1050 - ertinya ada 49 orang sebelum aku. Sedang dilayan ketika itu barulah giliran nombor 2. Aku pilih tempat duduk di antara kerusi-kerusi yang masih kosong di sebelah belakang bilik menunggu dan keluarkan buku pasal perniagaan internet untukd dibaca. Punyalah lama menunggu hingga berpuluh muka surat aku baca hanya pada jam 9.08 baru giliran aku tiba. Aku masuk terus ke mejas Nombor 2 mengikut apam yang dipaparkan di skrin di dinding. Juruteknik yang akan men gambil darahku seorang wanita Cina. Sudah agak berusia - mungkin akhir 30-an. Dia tanya bila temujanji denganj doktor, Aku kata pada 20 Mei.

Dia menjalankan tugasnya dengan cekap dan dengan sekali cucuk sudah boleh menyedut darahku keluar ke dalam tiub plastik dan cepat-cepat dibubuhnya ketul kapas pada permukaan luka tusukan jarum dan menyerahkan kepadaku botol untuk sampel air kencing. Aku segera ke tandas dan mengisi botol itu sebagaimana diperlukan dan lepas itu kembali ke makmal untuk menyerahkan sampel itu. Aku diberi tahu supaya membuka dan membuang penutupnya. Dengasn itu habislah urusan pengambilan sampel darah.

Memang mudah kalaun kita sudah faham dan tahu lokasi kaunter, prosedur-prosedur dan tatacara. Namun aku melihat ada orang yang merayau-rayau menunggu giliran dengan borang di tangan dan meluru selepas seorang yang gilirannya yang baru diambil darahnya. Juruteknik terpaksa menerangkan kepadanya yang dia harus mengambil nombor giliran terlebih dahulu. Aku nampak dia merungut dan marah-marah entah pada siapa.

Tempat tandas juga harus tahu. Tandas lelaki letaknya di belakang bahagian sebelah kanan pintu masuk utama. Memang rumit nak mencarinya kalau kita tidak tahu. Kita sampai dekat kawasan sudut itu untuk melihat papan tanda masuk ke tandas. Inipun boleh membingungkang orang yang tidak tahu dan menjadikan kerja memberi sample darah dan kencing ini sesuatu yang merisau dan merimaskan.

Memang selalu beginilah yang terjadi apabila orang biasa berurusan dengan kaunter kerajaan atau mana-mana kaunter perkhidmatan. Yang rumit bukannya tatacara dan prosedur gtetapi hendak mendapat panduan dan maklumat yang tepat dan memahami budaya kerja orang yang bertugas.

Kalau aku di antara tugas yang paling berat dan paling mencabar serta memerlukan aku 'menghipnotiskan' diri ialah mengisi borang, apa sahaja borang. Dulunya apabila perlu mengisi borang aku buat strategi khusus dan tatacara khusus untuk aku patuhi sendiri untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan gangguan. Ketika itu semua data diperlukan menjadi susah benar mencarinya.

Aku kena ajar diriku supaya bertenang dan supaya tidak turun peluh bercucuran. Aku kena mengingatkan diriku yang aku pernah menghadapi cabaran lebih besar dan pernah menghadap audiens lebih besar, termasuk membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa yang jauh lebih rumit daripada mengisi borang.

Sebarang kerisauan dan menggerunnanku terhadap borang dan kerja mengisi borang sudah jauh berkurangan.

Dan kecekapan mengendalikan tugas mencari, mengurus dan memenuhi semua tuntutan dalam urusan kehidupan seperti mendapatkan rawatan di klinik, mengisi borang cukai pendapatan, masuk dan keluar hospital dan sebagainya memang satu kecekapan yang memerlukan keyakinan diri, lain daripada keyakinan berhujah dan berbahas di khalayak ramai.

Di sini aku betul-betul kagum dengan adikku Tipah yang tidak pernah belajar secara formal tetapi boleh mengendalikan itu semua dengan cekap dan tepat. Dia telah mengurus banyak kes sanak saudara keluar masuk hospital dengan mudah. Udak Nusi dan Usu Ayang macam tak percaya dia boleh turun naik dan urus dengan cekap kemasukan Sitam anak angkat mereka ke hospital dan lepas itu dengan mudah balik ke rumah. Udahj Nusi dan Usu Ayang tidak langsung tahu jalan balik ke rumah dan akan terus tinggal dan tidur di lantai hospital kalau tiada orang mengambil dan membawa balik ke rumah.

Inilah orang yang semasa di kampung dulu hebat dan gah dan serba tahu, tetapi mengaku kalah apabila berurusan seperti ini dengan Tipah yang pernah mereka ejek kerana tidak bersekolah dan tidak tahu apa-apa.

MESYUARAT MESYUARAT MESYUARAT

Salah satu ciri kerja di BPPMIS ialah banyak benar mesyuarat dan perbincangan merancang kerja dan tindakan.

Pagi tadi disambung meesyuarat tentang kandungan buku aktiviti atau prospektus BPPMIS. Tumpuan kepada bidang pendidikan iaitu aktiviti dengan kos 11111. Sepagian mesyuarat akhirnya terkandas di dua aktiviti akhir kerana banyak benar persoalan yang belum berjawab. Pihak Pendidikan diminta menyemak semula kandungan dan halatuju dua aktivfiti akhir dalam senarai mereka.

BELANJA SEHARIAN



Perit juga jadi ketua keluarga di Kuching kalau hendak mengekalkan corak kehidupan semasa masih berkhidmat dulu. Belanjanya cukup besar terutama dalam tempoh transisi di antara jadi pesara yang masih bekerja dengan anak-anak sedang meningkat dewasa dan seorang demi seorang meninggalkan rumah kerana memiliki rumah sendiri.

Anak sulung dah menyertai keluarga isterinya keturunan Jawa di Batu Pahat, Johor. Dah tiga orang cucuku di sana. Dang Sinaruhani yang panggilan manajnya Puteri (satu-satunya puteriku) dah berkeluarga dan ada rumah sendiri di Semariang Baru selain berulang alik ke rumah mertuanya di Kampung Mang.

Mas Amir Abiddun yang nama panggilan Jojo baru dapat membeli rumah di kawasan E-Mart di Matang Jaya. Besar rumahnya. Selepas sahaja persandingannya pada 6 Jun 2010 akan terus menetap di situ dengan isterinya. Cikgu Mas Adi Hidayat yang panggilan di rumahnya Cikgu Genit atau Abang Genit dah beli rumah di Taman Synergy. Hampir sama dengan rumah Jojo tetapi dua tingkat sedang rumah Jojo setingkat. Tinggal dengan aku nanti hanyalah Adib (Mas Adib Zahiruddin)dan Johan(Mas Ammar Azhan) bersama neneknya.

Rumah sebesar itu yang dulunya tempat tinggal berbelas orang dari tiga keluarga kini dihuni hanya oleh enam orang. Adikku Tipah dah ada rumah sendiri setelah tinggal bersama keluargaku sejak berpindah ke Kuching (aku bawa ke Kuching) dalam tahun 1975.

Kalau dulu belanja rumah ditanggung ramai-ramai, terutama oleh keluarga Tipah kerana untuk sepuluh tahun aku dan isterinya berpindah ke Sibu kemudiannya ke Kuala Lumpur.
Kini siapa lagi kalau bukan aku dan isteriku. Bila anak-anak ada rumah sendiri kurang juga wang mereka untuk membantu menyenggara rumah ini.

Kini aku kena keluarkan sekitar RM4,500.00 sebagai kos asas dan akan berusaha mengurangkannya.

MENCARI TAPAK YANG HILANG




Terasa kehilangan apabila Laman Saiee Driss yang dulu tempat aku melepaskan rasa dan melontarkan buah fikir dinaiktaraf menjadi blog/pantunonline.com demi menjadikannya jentera perdagangan internet. Malangnya kenaikan taraf itu belum juga naik-naik walaupun sudah berbulan-bulan dilaksanakan.

Aku perlu medan kerepak kerana aku suka mengerepak. Maka aku kebetulan ada laman Pejam Celik ini lalu aku angkat dia jadi medan kerepakku.