Monday, April 26, 2010

PROSES PEMERIKSAAN DARAH

Ada temujanji dengan doktor pada 20 Mei 2010. Temujanji biasa kira-kira tiga bulan sekali bagi orang pencen yang berada di garis sempadan penyakit biasa orang yang suka makan sedap, malas bersenam dan malas mengawal makanan. Untuk itu kena melalui pemeriksaan darah.

Semasa semasa pergi mengambil bekalan ubat bertanya dengan petugas di kaunter makmal darah berapa lama sebenarnya boleh diketahui pemeriksaan darah. Katanya bergantung kepada jenis pemeriksaan yang diperlukan. Kalau darah tinggi biasa memakan masa dua minggu. Fulamak. Aku ingat semasa di Sibu dulu, selama tiga hari aje. Semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tempat aku menerima rawatan di KL dulupun tak sampai seminggu.

Nak ambil sampel darah dan kencing untuk pemeriksaan kena berpuasa dari jam 10 malam sebelumnya dan kena sampai awal, atau kena nombor jauh ke belakang. Tapi yang jelas awal atau lambat pintu hanya dibuka beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan lepas itu berderet dan berebut nak da[pat nombor giliran. Aku membuat keputusan nak sampai di Poliklinik Jalan Masjid jam 8 pagi dan tidak hendak berebut nombor. Paling awal dapat pun nombor belasan.

Sesampai di kaun satu minit sebelumn jam 8 pagi dan aku beroleh nombor giliran 1050 - ertinya ada 49 orang sebelum aku. Sedang dilayan ketika itu barulah giliran nombor 2. Aku pilih tempat duduk di antara kerusi-kerusi yang masih kosong di sebelah belakang bilik menunggu dan keluarkan buku pasal perniagaan internet untukd dibaca. Punyalah lama menunggu hingga berpuluh muka surat aku baca hanya pada jam 9.08 baru giliran aku tiba. Aku masuk terus ke mejas Nombor 2 mengikut apam yang dipaparkan di skrin di dinding. Juruteknik yang akan men gambil darahku seorang wanita Cina. Sudah agak berusia - mungkin akhir 30-an. Dia tanya bila temujanji denganj doktor, Aku kata pada 20 Mei.

Dia menjalankan tugasnya dengan cekap dan dengan sekali cucuk sudah boleh menyedut darahku keluar ke dalam tiub plastik dan cepat-cepat dibubuhnya ketul kapas pada permukaan luka tusukan jarum dan menyerahkan kepadaku botol untuk sampel air kencing. Aku segera ke tandas dan mengisi botol itu sebagaimana diperlukan dan lepas itu kembali ke makmal untuk menyerahkan sampel itu. Aku diberi tahu supaya membuka dan membuang penutupnya. Dengasn itu habislah urusan pengambilan sampel darah.

Memang mudah kalaun kita sudah faham dan tahu lokasi kaunter, prosedur-prosedur dan tatacara. Namun aku melihat ada orang yang merayau-rayau menunggu giliran dengan borang di tangan dan meluru selepas seorang yang gilirannya yang baru diambil darahnya. Juruteknik terpaksa menerangkan kepadanya yang dia harus mengambil nombor giliran terlebih dahulu. Aku nampak dia merungut dan marah-marah entah pada siapa.

Tempat tandas juga harus tahu. Tandas lelaki letaknya di belakang bahagian sebelah kanan pintu masuk utama. Memang rumit nak mencarinya kalau kita tidak tahu. Kita sampai dekat kawasan sudut itu untuk melihat papan tanda masuk ke tandas. Inipun boleh membingungkang orang yang tidak tahu dan menjadikan kerja memberi sample darah dan kencing ini sesuatu yang merisau dan merimaskan.

Memang selalu beginilah yang terjadi apabila orang biasa berurusan dengan kaunter kerajaan atau mana-mana kaunter perkhidmatan. Yang rumit bukannya tatacara dan prosedur gtetapi hendak mendapat panduan dan maklumat yang tepat dan memahami budaya kerja orang yang bertugas.

Kalau aku di antara tugas yang paling berat dan paling mencabar serta memerlukan aku 'menghipnotiskan' diri ialah mengisi borang, apa sahaja borang. Dulunya apabila perlu mengisi borang aku buat strategi khusus dan tatacara khusus untuk aku patuhi sendiri untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan gangguan. Ketika itu semua data diperlukan menjadi susah benar mencarinya.

Aku kena ajar diriku supaya bertenang dan supaya tidak turun peluh bercucuran. Aku kena mengingatkan diriku yang aku pernah menghadapi cabaran lebih besar dan pernah menghadap audiens lebih besar, termasuk membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa yang jauh lebih rumit daripada mengisi borang.

Sebarang kerisauan dan menggerunnanku terhadap borang dan kerja mengisi borang sudah jauh berkurangan.

Dan kecekapan mengendalikan tugas mencari, mengurus dan memenuhi semua tuntutan dalam urusan kehidupan seperti mendapatkan rawatan di klinik, mengisi borang cukai pendapatan, masuk dan keluar hospital dan sebagainya memang satu kecekapan yang memerlukan keyakinan diri, lain daripada keyakinan berhujah dan berbahas di khalayak ramai.

Di sini aku betul-betul kagum dengan adikku Tipah yang tidak pernah belajar secara formal tetapi boleh mengendalikan itu semua dengan cekap dan tepat. Dia telah mengurus banyak kes sanak saudara keluar masuk hospital dengan mudah. Udak Nusi dan Usu Ayang macam tak percaya dia boleh turun naik dan urus dengan cekap kemasukan Sitam anak angkat mereka ke hospital dan lepas itu dengan mudah balik ke rumah. Udahj Nusi dan Usu Ayang tidak langsung tahu jalan balik ke rumah dan akan terus tinggal dan tidur di lantai hospital kalau tiada orang mengambil dan membawa balik ke rumah.

Inilah orang yang semasa di kampung dulu hebat dan gah dan serba tahu, tetapi mengaku kalah apabila berurusan seperti ini dengan Tipah yang pernah mereka ejek kerana tidak bersekolah dan tidak tahu apa-apa.

No comments: