Friday, April 30, 2010

MENGENANG APRIL


Mendandatangani dokumen pembelian Produa ALZA QAT 6610

Menerima kunci QAT 6610 daripada Chong dari Gamma Motors

Di antara kenangan manis April 2010 ialah pada 1 April itu aku menandatangni pembelian Alza QAT 6610. Aku trade in Nissan Sunny QKE4468 yang berkhidmat bersamaku tepat 15 tahun awalm Februari lepas. Banyak kenanganku bersama Nissan Sunny itu walaupun selama lima tahun akhir ia berada di tangan anak menantuku.

Sekurang-kurangnya Nissan Sunny Extra 130Y itulah menjadi kenderaan aku berulang alik selama lima tahun bertugas di Sibu dari tahun 1999 hingga 2004. Selama lima tahun sebelum itu di Kuching itulah kenderaan yang membantu aku di dalam melaksanakan kerja seharian serta kerja-kerja sosial dan kebudayaan.

Seingat aku dua kali aku mengalami kemalangan kecil dengan kereta itu. Yang pertama pada suatu malam di hadapan markas polis di Jalan Badruddin apabila aku yang terlalu cewpat keluar dari simpang Badruddin ke Jalan Tun Openg menghentam belakang kereta seorang apek yang bergerak lambat. Aku kena bayar sekitar RM350.00.

Kali kedua apabila aku bergerak agar terlalu laju dan brake tidak makan juga berdekatan markas polis di Sibu, di persimpangan dengan Rajang Park. Aku dari arah Rajang: Park tidak dapat mengawal kelajuan kereta dan bolehb sahaja menghentam belakang sebuah kereta yang berada di hadapan. Aku pada saat akhir dapat mengelak untuk menghmpitkan diri di antara kereta itu dengan benteng jalan di sebelah kanan kereta itu dan tersepit di situ. Itu pula kereta syarikat WTK. Aku kena bayar sekitar RM300 juga.

Pada 1 April 2010, Nissan Sunny yang banyak berjasa itu aku ganti dengan Produa Alza 1.5 cc 7-seater. Besarlah sikit. Itu menggantikan jenama asal Proton Pesona idamanku yang ramai sangat orang kata tak bagus. Aku memang tertarik dengan rekabentuk Pesona.

Nombor QAT 6610 adalah nombor yang ditempah khas dan kena bayaran RM210.00 kerana nombor itu diawalkan daripada gilirannya, tapi Jojo nak juga nombor itu kerana tarikh itu tarikh persandingannya nanti dan mahu menggunakan kereta itu untuk dinaiki ke rumah pengantin perempuan.

Kini aku sudah sebulan menggunakan ALZA QAT 6610.

No comments: