Tuesday, May 18, 2010

UJIAN DARAH DAN KENCING



Ini gambar lama yang diambil dan tidak ada kena mengena dengan entri ini, sekadar gambar untuk menarik perhatian diri supaya menatap isinya. Sesungguhnya kehidupan cukup banyak kontrasnya sebagaimana dalam gambar ini, antara kelopak bunga yang lembut dan ayu dengan duri-duri yang gagah dan ganas berada di sebuah pohon yang sama, dapat wujud tanpa satu merosakkan yang lain.

Semalam saya ke Klinik Komuniti Jalan Masjid, untuk bertemu doktor dalam temujanji biasa bagi orang seusia saya. Saya membawa laporan ujian darah dan kencing yang saya cukup baik kecuali berkenaan SGOT dan SGPT, iaitu yang berkaitan dengan buah pinggang. Menurut doktor bertugas saya harus menjalani ujian sekali lagi untuk memastikan dari mana punca masalah itu.

Ini mungkin ada kaitan dengan ubat yang saya makan. Tapi ubat-ubat yang dibekalkan oleh pihak hospital itu sudah bertahun-tahun digunakan. Hanya sekarang ini saya tambah dengan beberapa suplemen vitamin. Apakah itu puncanya?

Yang jelas juga aku semacam kurang ambil berat tentang kesihatan kerana malas dan kaya alasan untuk tidak bersenam, pada hal bukan ada halangan untuk bersenampun. Aku sudah masuk menjadi ahli jimnasium Majlis Sukan tapi tak juga bersenam. Dah beli beberapa pasang pakaian senam, tak juga bersenam. Dah ada be berapa set alat senaman termasuk sepasang di pejabat, pun tak juga ambil kesempatan bersenam. Apa punya orang ni?

Hanya apabila dak dekat nak pemeriksaan darah dan kencing adalah sibuk sikit, kalau sempat. Untuk kali ini saya tak sempat nak bersenampun, hanya sempat berangan-angan nak bersenam.

Sibuk sangat ke? Macam sibuklah, tapi saya rasa tidaklah sibuk sangat, hanya buat-buat sibuk. Betullah sepanjang tahun ini banyak merayau ke sana ke mari, sempat ke Johor, ke Miri, ke Sibu, ke Miri lagi, ke Sibu dah tiga kali, ke Daro, Serdeng, Sarikai dan terus macam tu dengan macam-macam aktiviti, yang sebahagiaannya adalah untuk mengisi program orang lain. Tapi diri saya untung juga selain beralih angin, dapat elaun dan bayaran dalam sebahagian aktiviti dan menambah mantap imej dan keperibadian diri (bonus yang penganjur mungkin tak sedar).

Mungkin juga terlalu banyak berAda di depan skrin komputer unhtuk menulis dan mengemaskini Facebook, Twitter dan blog. Itupun bukanlah regular sangat. Jadi apa sebenarnya?

Friday, May 14, 2010

BERITA PEMENTASAN

Kassim Lee, sahabat lama yang pernah menjadi PR di Istana Budaya, kini beroperasi secara bebas menghantar mesej di bawah. Sila manfaatkan kalau anda merasa sesuai untuk anda.


http://us.mg2.mail.yahoo.com/dc/launch?.gx=1&.rand=b2o1h3uohgujd

Kassim LeeMay 15, 2010 at 12:48am
Subject: SERTAI GROUP 'PENTAS MALAYSIA'

Untuk menyiarkan lebih banyak publisiti aktviti seni pentas dari pelbagai venue, maka kami menyarankan anda menyertai Group PENTAS MALAYSIA melalui link berikut:
http://www.facebook.com/arsenalredjuan#!/group.php?gid=151181789633&ref=search&sid=1095139466.2000452210..1

Group ini mungkin jarang-jarang atau tidak lagi dikemaskini memandangkan kami berhasrat untuk menyebarluaskan lebih banyak aktiviti seni pentas di pebagai venue, tidak hanya tertumpu kepada Istana Budaya sahaja.

PENTAS MALAYSIA, satu kaedah sebarluas kegiatan seni pementasan untuk memudahkan khalayak penglibat, pemain industri pentas, peminat dan media mendapat info melalui Facebook.

Terima kasih atas sokongan anda dalam menyokong persembahan seni pentas di Malaysia.

Wednesday, May 5, 2010

JADIKAN BLOG LAMAN BISNES

Dari seorang pemegang akaun twitter saya beroleh maklumat tentang bagaimana seorang blogger menjadikan blognya sebuah laman bisnes. Saya kagum dan semakin faham serta yakin mem,ang boleh blog menjadi laman bisnes. Rasa ingin mencuba timbul dan berharap ini akan menjadi kenyataan sedikit masa lagi.

Sebuah lagi laman menjelaskan pelbagai cara membuat kerja sambilan di rumah untuk beroleh pendapatan.

Saya mengalu-alukan sebarang input mengenai hal ini dan sesiapa ada input sila kemukakan.

Monday, May 3, 2010

SEMINAR JUBLI PERAK PERTANDINGAN BAHAS PKM

Awal, pagi aku telefon si Montogomery, Setiausaha Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri 2010 untuk mendapatkan maklumat bagi menyediakan sebuah kertas kerja untuk Seminar Jubli Perak Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak (1986-2010).

Daripada aku dapat tahu ada empat orang lagi pembentang kertas kerja dalam seminar itu, iaitu Dr Shahri Abdul Rahman dari IAB Kucfhing: Aspek Teknikal dean Kaedah Penghakiman Bahas: Satu Penelitian Khusus Terhadap Pertandingan Bahasw Piala Ketua Menteri Sarawak

Dr Haji Rosana Awang Bolhassan IPGM Batu Lintang - Kemaqntapan dan Penguasaan Pembahas Dalam Penghujahan dan Bidasan: Satu Tinjauan Sepintas Lalu

Dr Rahani Hossen, JPN Sarawak, Penguasan dan Kemantapan Bahasa Pelajar dalam Pertandingan Bahas Pialam Ketua Menteri Sarawak

Encik Hazami Jahari: (DBP Sarawak), Dari Pembahas Menjadi Hakim: Satu Perjaqlanan Indah Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak

Encik Saiee Driss (BPPMIS) Pelaksanaan dan Pengurusan Bahas Piala Ketua Menteri: Antara Pengalaman Lalu dan Harapan Masa Depan.

Tema Seminar: Suku Abad Memartabatkan Bahasa Kebangsaan: Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak Pemangkin Pelajar Bestari

Selain pembentangan kertas kerja akan diadakan juga forum khas debngan judul Membina Pembahas Cemerlang Dalam Kalangan Pelajar:M Antara Bakat Alam dan Asuhan Guru.

Ahli panel forum ialah Encik Abang Madian Abang Said dari SMK Marudi, Cik Julita Kuntoi dari SMK Sematan, Puan Zalinah Kaamsani dari SMK Mataqng Jaya, dengan Tuan Haji Mohd Fauzan Narudin dari SMK Gedong sebagai Pengerusi.

Objektif Projek:

(1) Menilai dan meneliti pelaksanaan Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak

(2) Menilai dan meneliti pencapaian matlamat Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak

(3) Memantapkan pelaksanaan dan pengurusan Pertandingan Bahas Piala Ketua Menteri Sarawak

(4) Menjadikan Pertandingan Bahas Ketua Menteri Sarawak sebagai wahana pembentukan pelajar bestari di Sarawak.

Acara sdehari suntuk akan berlangsung di tiga lokasi iaitu di RTM Miri pada 10 Mei 2010, di RTM Sibu pada 12 Mei 2010 dan di RTM Kuching pada 20 Mei 2010.

ABANG AMIN MENINGGAL DUNIA

Sepupuku, yang aku panggilan Abang Amin, anak Pak Yak Johan meninggal dunia di Kuala Lumpur Sabtu lalu dan mayatnya telah dibawa balik ke Sarawak dan dikebumikan di Sarikei pagi tadi, Isnin, 3 Mei 2010. Menurut anaknya, Mimi yang menelefon jam 4.45 petang ini tadi, ayahnya meninggal disebabkan sakit mengejut kerana masalah jantung.

Di Sarikei mayatnya dipelihara di rumah Badrul Basham, iaitu rumah tempat aku menumpang dalam kembara ke Serdeng dan Daro dua minggu lepas.

Demikian kehendak Tuhan. Pak Udak Jeni yang terlantar lebih seminggu di hospital kerana darah tinggi kelouar haospital dan kini sihat duduk di rumah yang sama. Abang Amin yang tidak didengar sakit tiba-tiba meninggal dunia.

Abang Amin adalah di antara orang pertama di antara kami sepupu cucu Hari Sidi yang pergi ke sekolah menengah dan satu-satunya anak kampung yang masuk di Sacred Heart School di Sibu, iaitu sebuah sekolah elit pada zamannya awal tahun 60-an. Dia belajar sampai Tingkatan Tiga dan lepas itu terus dapat kerja di Sri Aman.

Allahyarham memang hebat dari segi bersosial, malah menurut cerita isterinya dan dia sendiri dia pernah terlantar di hospital tidak sedarkan diri kerana tersalah minum dicampur dengan durian.

Saya tinggal menumpang di rumahnya di Jalan Gold Jade di Kuching untuk beberapa ketika pergi interview untuk tugas di RTM dan menumpang laginya di rumah di Flat Menaul di Batu Lintang apabila mula bekerja.

Begitu kehendak Tuhan. Semoga rohnya diletakkan di kalangan orang beriman dan semoga taubatnya diterima Allah.

KOMUNIKASI BOLEH MERUMITKAN



Ini cerita benar, dan mungkin anda sudah pernah mendengar saya menceritakannya. Semasa saya bertugas sebagai ketua stesen RTM Sibu seorang pegawai kanan ditugas mengetuai rombongan ahli sukan RTM Sibu ke RTM Limbang untuk menghadiri Pesta Sukan RTM di sana.

Semasa di sana selepas pesta mereka merancang hendak ke Labuan esoknya sebelum berangkat balik ke Sibu. Petangnya sebelum berangkat5 jam 7 pagi esoknya mereka mengadakan mesyuarat membincangkan pemergian itu. Semasa mesyuarat ketua rombongan meminta semua yang hendak pergi angkat tangan. Maka semua yang hendak pergi di hadapannya angkat tangan dan mereka disuruh bersedia di pangkalan awal pagi.

Pagi esoknya ketua rombongan tadi pergilah ke pangkalan untuk menaiki bot atau feri ke Labuan. Bot itu rupanya telah belayar dan semua anggota rombongan yang hendak ke Labuan sudah berlepas. Ketua rombongan itu, seorang wanita, terpaksa pergi seorang diri menaiki feri kemudiannya.

Bila ditanya oleh ketua rombongan kemudiannya kenapa tidak menunggu dia, lama juga anggota rombongan diam. Maklum ketua sudah marah ditinggalkan. Akhirnya seorang ahli rombongan berani menyatakan yang mereka pergi kerana semasa disuruh mengangkat tangan bagi sesiapa yang hendak pergi, ketua rombongan itu sendiri tidak mengangkat tangan dan mereka anggap dia tidak pergi.

Habis, nak kata apa? Cerita tamat di situ.

Sunday, May 2, 2010

SENIFOTO SEMAKIN SUBUR DIMINATI



Sejak kebelakangan ini rakan-rakan di dalam Facebook menjadi semakin ghairah dan tertarik dengan senifoto. Setiap hari ada sahaja foto yang dipaparkan sama ada dengan editing minimal atau yang sudah diawet dengan hebat menggunakan pelbagai perisian aplikasi.

Di atas ini sekeping gambar bunga biasa di sudut di hadapan rumahku yang pada mata kasar tidak banyak menarik perhatian, kerana ada pelbagai jenis bunga di situ dan sudah terlalu biasa dengan setingnya. Namun apabila ia menjadi fokus di dalam sesuatu gambar seperti ini lalu perhatian ditarik kepada butiran dan detil bunga itu.

Bagiku kerja itu penting, selain merangsangkan diri untuk terus memperbaiki karya dan menambah ilmu untuk mempamerkan karya juga membantu mempromosi keindahan alam. Usaha pameran itu penting kerana ia membantu memupukkan rasa cinta alam dan mesra alam dan sekali gus mempromosi keindahan negara kepada bakal pelancong.

Rasanya amalan memnpamerkan karya di laman internet khususnya Facebook ada kesan positif yang lain iaitu rasa penerimaan dan penyertaan cergas orang yang mungkin ini kurang keyakinan diri dan kurang cergas terutama di dalam sesuatu-sesuatu bidang yang dia sendiri kurang pasti akan penerimaan orang ramai.

Tampilnya amalan mempamerkan karya foto menyebabkan mereka yang sekian lama ada minat ada memiliki kamera lalu kembali menjaga kamera mereka, membeli serba peralatan mencanggihkan output dan berani membaiki diri sambil memberi komen untuk membantu kawan seminat memperbaiki hasil karyanya.

Friday, April 30, 2010

MENULIS LAGI?




Tak tahu bagaimana nak jawab soalan itu. Yang bertanya adalah mereka yang rapat dan tidak berapa rapat dengan diriku yang mahu tahu apakah selepas bersara aku masih menulis.

Nak dikata aku masih menulis memang tidak banyak karyaku terbit di media. Tidak seperti dulu. Tapi aku banyak menghasilkan kertas kerja dan makalah untuk dibentangkan di seminar dan majlis diskusi. Baru bulan lepas bentangkan kertas kerja mengenai lagu rakyat di Simposium Lagu Rakyat Melayu Sarawak untuk IPT di UiTM. Kini aku sedang menyiapkan kertas kerja pula Seminar sempena 25 Tahun Bahas Piala Ketua Menteri dan akan dibentangkan di Miri pada 10 Mei, di Sibu pada 12 dan di Kuching pada 20 Mei.

Sesiapa yang biasa menulis kertas kerja tahu kerja itu bukan mudah kerana perlu mencari data dan fakta dan membuat penyelidikan kecil-kecilan di sana sini. Maka aku namakan itu menulis juga.

Selain itu aku ada blog dan laman Facebook, Twitter dan Tagged. Facebook banyak sekali menuntut waktu untuk menulis entri dan membalas entri, baik untuk laman Profil atau laman grup Seloka Pantun Bersama Saiee Driss. Bagiku itu menulis juga namanya. Dalam pada itu aku juga banyak menulis dan menyusun bahan penerbitan di pejabat di BPPMIS dan kini dilantik menjadi panel editor Jurnal Majlis Islam Sarawak. Pun itu diistilah juga sebagai terlibat di dalam kerja penulisan.

Masih menulis lagi?

MENGENANG APRIL


Mendandatangani dokumen pembelian Produa ALZA QAT 6610

Menerima kunci QAT 6610 daripada Chong dari Gamma Motors

Di antara kenangan manis April 2010 ialah pada 1 April itu aku menandatangni pembelian Alza QAT 6610. Aku trade in Nissan Sunny QKE4468 yang berkhidmat bersamaku tepat 15 tahun awalm Februari lepas. Banyak kenanganku bersama Nissan Sunny itu walaupun selama lima tahun akhir ia berada di tangan anak menantuku.

Sekurang-kurangnya Nissan Sunny Extra 130Y itulah menjadi kenderaan aku berulang alik selama lima tahun bertugas di Sibu dari tahun 1999 hingga 2004. Selama lima tahun sebelum itu di Kuching itulah kenderaan yang membantu aku di dalam melaksanakan kerja seharian serta kerja-kerja sosial dan kebudayaan.

Seingat aku dua kali aku mengalami kemalangan kecil dengan kereta itu. Yang pertama pada suatu malam di hadapan markas polis di Jalan Badruddin apabila aku yang terlalu cewpat keluar dari simpang Badruddin ke Jalan Tun Openg menghentam belakang kereta seorang apek yang bergerak lambat. Aku kena bayar sekitar RM350.00.

Kali kedua apabila aku bergerak agar terlalu laju dan brake tidak makan juga berdekatan markas polis di Sibu, di persimpangan dengan Rajang Park. Aku dari arah Rajang: Park tidak dapat mengawal kelajuan kereta dan bolehb sahaja menghentam belakang sebuah kereta yang berada di hadapan. Aku pada saat akhir dapat mengelak untuk menghmpitkan diri di antara kereta itu dengan benteng jalan di sebelah kanan kereta itu dan tersepit di situ. Itu pula kereta syarikat WTK. Aku kena bayar sekitar RM300 juga.

Pada 1 April 2010, Nissan Sunny yang banyak berjasa itu aku ganti dengan Produa Alza 1.5 cc 7-seater. Besarlah sikit. Itu menggantikan jenama asal Proton Pesona idamanku yang ramai sangat orang kata tak bagus. Aku memang tertarik dengan rekabentuk Pesona.

Nombor QAT 6610 adalah nombor yang ditempah khas dan kena bayaran RM210.00 kerana nombor itu diawalkan daripada gilirannya, tapi Jojo nak juga nombor itu kerana tarikh itu tarikh persandingannya nanti dan mahu menggunakan kereta itu untuk dinaiki ke rumah pengantin perempuan.

Kini aku sudah sebulan menggunakan ALZA QAT 6610.

Thursday, April 29, 2010

SEMINAR 25 TAHUN BAHAS PIALA KETUA MENTERI

Dua hari lalu Hazami telefon dari USM Pulau Pinang memberitahu yang aku dilantik menulis sebuah kertas kerja untuk Seminar 25 Tahun Bahas Piala Ketua Menteri. Aku pernah menjadi Setiausaha pertandingan itu selama sembilan tahun dan hanya berhenti memegang jawatan itu apabila berpindah jadi Pengawal RTM di Sibu pada tahun 19999.

Pada ulangtahun ke-20 pertandingan itu aku pernah menulis sebuah rencana dan disiarkan di dalam sebuah buku cenderamata khas. Itu boleh menjadi asas kertas kerja aku nanti.

Semalam Monto telefon dan memberitahu lagi hal itu dan mengatakan akan menghantar surat itu kepadaku. Surat itu datang lewat petang dan pagi tadi aku mendapat salinannya dan pagi tadi akan menerima salinan asal surat itu.

Judul kertaskerjaku nanti ialah Pelaksanaan dan pengurusan Bahasa Piala Ketua Menteri: Antara Pengalaman Lalu dan Harapan Masa Depan. Kertas itu akan dibentangkan dalam seminar di RTM Miri pada 10 Mei, di RTM Sibu pada 12 Mei dan di RTM Kuching pada 20 Mei 2010.

Aku sudah memberitahu Pengarah BPPMIS dan beliau membenarkan aku membantu projek itu.

HAJI BUSMAN HAJI RAPLI

Pagi tadi aku menerima sms daripada Satar mengatakan sepupu dan teman sekolahku, Haji Busman Haji Rapli, bekas kakitangan Pejabat Residen dan Daerah meninggal dunia dalam kebakaran rumahnya dan rumah anaknya yang berdekatan. Aku dah masuk berita itu jadi entri di Facebook Kampung Serdeng.

Haji Othman adalah bapa saudara kepada Anita yang pernah tinggal di rumahku semaasa melanjutkan pengajian di Kuching dan kini bekerja sebagai guru.

Salah seorang adik Haji Othman ialah Aminah Ralpi, yang pernah tinggal serumah dengan aku dan keluarga Udak Selamah semasa aku bersekolah di Daro. Neneknya iaitu Nenek Haji Mejais, sepupu datukku.

TU BULAN, MANA BINTANG?




Hu, malam ini aku dan anak-anak serta isteri masing-masing ddengan kamera cuba merakam gambar bulan menambang. Malam Jumaat pula tu. Ada berbagai jenama kamera digunakan. Hasilnya belum memuaskan. Di atas ini salah satu daripadanya diambil sebentar tadi.

Monday, April 26, 2010

PROSES PEMERIKSAAN DARAH

Ada temujanji dengan doktor pada 20 Mei 2010. Temujanji biasa kira-kira tiga bulan sekali bagi orang pencen yang berada di garis sempadan penyakit biasa orang yang suka makan sedap, malas bersenam dan malas mengawal makanan. Untuk itu kena melalui pemeriksaan darah.

Semasa semasa pergi mengambil bekalan ubat bertanya dengan petugas di kaunter makmal darah berapa lama sebenarnya boleh diketahui pemeriksaan darah. Katanya bergantung kepada jenis pemeriksaan yang diperlukan. Kalau darah tinggi biasa memakan masa dua minggu. Fulamak. Aku ingat semasa di Sibu dulu, selama tiga hari aje. Semasa di PPUM (Pusat Perubatan Universiti Malaya) tempat aku menerima rawatan di KL dulupun tak sampai seminggu.

Nak ambil sampel darah dan kencing untuk pemeriksaan kena berpuasa dari jam 10 malam sebelumnya dan kena sampai awal, atau kena nombor jauh ke belakang. Tapi yang jelas awal atau lambat pintu hanya dibuka beberapa minit sebelum jam 8 pagi dan lepas itu berderet dan berebut nak da[pat nombor giliran. Aku membuat keputusan nak sampai di Poliklinik Jalan Masjid jam 8 pagi dan tidak hendak berebut nombor. Paling awal dapat pun nombor belasan.

Sesampai di kaun satu minit sebelumn jam 8 pagi dan aku beroleh nombor giliran 1050 - ertinya ada 49 orang sebelum aku. Sedang dilayan ketika itu barulah giliran nombor 2. Aku pilih tempat duduk di antara kerusi-kerusi yang masih kosong di sebelah belakang bilik menunggu dan keluarkan buku pasal perniagaan internet untukd dibaca. Punyalah lama menunggu hingga berpuluh muka surat aku baca hanya pada jam 9.08 baru giliran aku tiba. Aku masuk terus ke mejas Nombor 2 mengikut apam yang dipaparkan di skrin di dinding. Juruteknik yang akan men gambil darahku seorang wanita Cina. Sudah agak berusia - mungkin akhir 30-an. Dia tanya bila temujanji denganj doktor, Aku kata pada 20 Mei.

Dia menjalankan tugasnya dengan cekap dan dengan sekali cucuk sudah boleh menyedut darahku keluar ke dalam tiub plastik dan cepat-cepat dibubuhnya ketul kapas pada permukaan luka tusukan jarum dan menyerahkan kepadaku botol untuk sampel air kencing. Aku segera ke tandas dan mengisi botol itu sebagaimana diperlukan dan lepas itu kembali ke makmal untuk menyerahkan sampel itu. Aku diberi tahu supaya membuka dan membuang penutupnya. Dengasn itu habislah urusan pengambilan sampel darah.

Memang mudah kalaun kita sudah faham dan tahu lokasi kaunter, prosedur-prosedur dan tatacara. Namun aku melihat ada orang yang merayau-rayau menunggu giliran dengan borang di tangan dan meluru selepas seorang yang gilirannya yang baru diambil darahnya. Juruteknik terpaksa menerangkan kepadanya yang dia harus mengambil nombor giliran terlebih dahulu. Aku nampak dia merungut dan marah-marah entah pada siapa.

Tempat tandas juga harus tahu. Tandas lelaki letaknya di belakang bahagian sebelah kanan pintu masuk utama. Memang rumit nak mencarinya kalau kita tidak tahu. Kita sampai dekat kawasan sudut itu untuk melihat papan tanda masuk ke tandas. Inipun boleh membingungkang orang yang tidak tahu dan menjadikan kerja memberi sample darah dan kencing ini sesuatu yang merisau dan merimaskan.

Memang selalu beginilah yang terjadi apabila orang biasa berurusan dengan kaunter kerajaan atau mana-mana kaunter perkhidmatan. Yang rumit bukannya tatacara dan prosedur gtetapi hendak mendapat panduan dan maklumat yang tepat dan memahami budaya kerja orang yang bertugas.

Kalau aku di antara tugas yang paling berat dan paling mencabar serta memerlukan aku 'menghipnotiskan' diri ialah mengisi borang, apa sahaja borang. Dulunya apabila perlu mengisi borang aku buat strategi khusus dan tatacara khusus untuk aku patuhi sendiri untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan gangguan. Ketika itu semua data diperlukan menjadi susah benar mencarinya.

Aku kena ajar diriku supaya bertenang dan supaya tidak turun peluh bercucuran. Aku kena mengingatkan diriku yang aku pernah menghadapi cabaran lebih besar dan pernah menghadap audiens lebih besar, termasuk membentangkan kertas kerja di peringkat antarabangsa yang jauh lebih rumit daripada mengisi borang.

Sebarang kerisauan dan menggerunnanku terhadap borang dan kerja mengisi borang sudah jauh berkurangan.

Dan kecekapan mengendalikan tugas mencari, mengurus dan memenuhi semua tuntutan dalam urusan kehidupan seperti mendapatkan rawatan di klinik, mengisi borang cukai pendapatan, masuk dan keluar hospital dan sebagainya memang satu kecekapan yang memerlukan keyakinan diri, lain daripada keyakinan berhujah dan berbahas di khalayak ramai.

Di sini aku betul-betul kagum dengan adikku Tipah yang tidak pernah belajar secara formal tetapi boleh mengendalikan itu semua dengan cekap dan tepat. Dia telah mengurus banyak kes sanak saudara keluar masuk hospital dengan mudah. Udak Nusi dan Usu Ayang macam tak percaya dia boleh turun naik dan urus dengan cekap kemasukan Sitam anak angkat mereka ke hospital dan lepas itu dengan mudah balik ke rumah. Udahj Nusi dan Usu Ayang tidak langsung tahu jalan balik ke rumah dan akan terus tinggal dan tidur di lantai hospital kalau tiada orang mengambil dan membawa balik ke rumah.

Inilah orang yang semasa di kampung dulu hebat dan gah dan serba tahu, tetapi mengaku kalah apabila berurusan seperti ini dengan Tipah yang pernah mereka ejek kerana tidak bersekolah dan tidak tahu apa-apa.

MESYUARAT MESYUARAT MESYUARAT

Salah satu ciri kerja di BPPMIS ialah banyak benar mesyuarat dan perbincangan merancang kerja dan tindakan.

Pagi tadi disambung meesyuarat tentang kandungan buku aktiviti atau prospektus BPPMIS. Tumpuan kepada bidang pendidikan iaitu aktiviti dengan kos 11111. Sepagian mesyuarat akhirnya terkandas di dua aktiviti akhir kerana banyak benar persoalan yang belum berjawab. Pihak Pendidikan diminta menyemak semula kandungan dan halatuju dua aktivfiti akhir dalam senarai mereka.

BELANJA SEHARIAN



Perit juga jadi ketua keluarga di Kuching kalau hendak mengekalkan corak kehidupan semasa masih berkhidmat dulu. Belanjanya cukup besar terutama dalam tempoh transisi di antara jadi pesara yang masih bekerja dengan anak-anak sedang meningkat dewasa dan seorang demi seorang meninggalkan rumah kerana memiliki rumah sendiri.

Anak sulung dah menyertai keluarga isterinya keturunan Jawa di Batu Pahat, Johor. Dah tiga orang cucuku di sana. Dang Sinaruhani yang panggilan manajnya Puteri (satu-satunya puteriku) dah berkeluarga dan ada rumah sendiri di Semariang Baru selain berulang alik ke rumah mertuanya di Kampung Mang.

Mas Amir Abiddun yang nama panggilan Jojo baru dapat membeli rumah di kawasan E-Mart di Matang Jaya. Besar rumahnya. Selepas sahaja persandingannya pada 6 Jun 2010 akan terus menetap di situ dengan isterinya. Cikgu Mas Adi Hidayat yang panggilan di rumahnya Cikgu Genit atau Abang Genit dah beli rumah di Taman Synergy. Hampir sama dengan rumah Jojo tetapi dua tingkat sedang rumah Jojo setingkat. Tinggal dengan aku nanti hanyalah Adib (Mas Adib Zahiruddin)dan Johan(Mas Ammar Azhan) bersama neneknya.

Rumah sebesar itu yang dulunya tempat tinggal berbelas orang dari tiga keluarga kini dihuni hanya oleh enam orang. Adikku Tipah dah ada rumah sendiri setelah tinggal bersama keluargaku sejak berpindah ke Kuching (aku bawa ke Kuching) dalam tahun 1975.

Kalau dulu belanja rumah ditanggung ramai-ramai, terutama oleh keluarga Tipah kerana untuk sepuluh tahun aku dan isterinya berpindah ke Sibu kemudiannya ke Kuala Lumpur.
Kini siapa lagi kalau bukan aku dan isteriku. Bila anak-anak ada rumah sendiri kurang juga wang mereka untuk membantu menyenggara rumah ini.

Kini aku kena keluarkan sekitar RM4,500.00 sebagai kos asas dan akan berusaha mengurangkannya.

MENCARI TAPAK YANG HILANG




Terasa kehilangan apabila Laman Saiee Driss yang dulu tempat aku melepaskan rasa dan melontarkan buah fikir dinaiktaraf menjadi blog/pantunonline.com demi menjadikannya jentera perdagangan internet. Malangnya kenaikan taraf itu belum juga naik-naik walaupun sudah berbulan-bulan dilaksanakan.

Aku perlu medan kerepak kerana aku suka mengerepak. Maka aku kebetulan ada laman Pejam Celik ini lalu aku angkat dia jadi medan kerepakku.